Aurat bagi wanita merupakan pokok perjuangan seorang yang menggelarkan mereka agamawan. Tidak pernah mereka yang bergelar ustaz atau ustazah tidak menyentuh tentang aurat wanita. Aurat melebihi segala2 dalam kehidupan mereka sebagai seorang manusia di dunia ini.
Namun anda sedarkah berapa banyak ayat quran dan hadith nabi mengenai aurat wanita?
Ahli2 fekah akan menggunakan ayat 31 dari surah an-nur dan hadith asma binti abi bajr dari sunan abu dawud untuk mengatakan bahawa rambut/kepala wanita adalah sebahagian dari aurat yang bermaksud perlu ditutupi.
Sebahagian dari ayat 31 dari surah an-nur berbunyai sebegini “Walyadribna bikhumurihinna ala juyubihinna”
Maksudnya, “dan tutuplah mereka dengan penutup ke atas dada mereka”
Namun sedihnya, ustaz-ustaz dan ustazah2 yang belajar di negeri arab menterjemahkan menjadi “dan pakailah tudung ke atas kepala mereka”, atau “dan pakailah tudung sehingga ke paras dada”
Walhal maksud ‘ala’ itu adalah di atas dan maksud ‘juyubihinna’ adalah dada mereka’, namun disebabkan mereka begitu bersemangat sehingga nafsu menutupi iman mereka mereka telah menukar maksud ‘di atas’ menjadi ‘sehingga’ dan ‘dada’ menjadi ‘kepala’
Perkataan khumuri itu atau khimar memang biasanya digunakan sebagai tudng kepala namun perkataan khumuri itu asalnya maksudnya ‘penutup yang menutup’ dan boleh digunakan untuk menutup tong atau kapal atau lain-lain.
Selain itu mereka menggunakan hadith mengenai asma binti abi bajr dari muka 62 volume 4 dari sunan abu dawud yang kononnya muhammad berkata kepada asma bahawa aurat wanita adalah seluruh tubhnya kecuali muka dan tapak tangan.
Aishah berkata, “Asma binti Abi Bajr telah masuk ke dalam rumah Nabi. Ketika itu dia memakai baju labuh nipis dan jarang. Nabi berpaling daripadanya dan berkata, “Oh Asma, apabila perempuan sudah mencapai umur akil baligh, tidak wajar ia berpakai seperti itu kecuali ini dan ini”, sambil Nabi tunjuk ke muka dan tangannya.
Walhal di dalam buku yang sama Abu Dawud sendiri mengatakan bahawa hadith itu bermasalah kerana sanadnya terputus. Salah seorang rawinya Khalid bin Duraik tidak pernah bertemu dengan Aishah, malahan Khalid bin Duraik tidak dikenali oleh huffaz (ahli-ahli hadith).
Jika benarlah kebenaran hadith ini, kenapa kerajaan Arab Saudi menetapkan bahawa wanita mereka perlu menutup muka (memakai purdah)
Ayat lain yang menceritakan tentang aurat wanita adalah ayat 59 surah al-ahzab. Ayat ini menyuruh wanita untuk melabuhkan kain mereka. Ayat ini sekali lagi tidak menyuruh wanita menutup rambut atau kepala.
Maka dari ayat 31 surah an-nur dan ayat 59 sura al-ahzab kita dapat simpulkan aurat wanita adalah dari dada ke kaki, tidak termasuk rambut/kepala.
Kenapa wanita-wanita arab saudi menutup rambut dan muka, ini kerana penutupan itu adalah budaya mereka dan telah menjadi dikri kerajaan yang memerintah.
Itu kerana pada masa ini, sejurus sahaja mereka keluar dari negara mereka, mereka semua membuang tudung dan purdah mereka. Maka undang-undang yang menyuruh memakai jilbab itu adalah undang-undang pemerintah bukan undang-undang Tuhan.
Malaysia dan Melayu budayanya tidak memakai tudung, kenapa kita perlu ikut budaya arab yang menutup rambut. Malah kita lihat negara Islam yang lebih liberal, seperti mesir, jordan, UAE, syria, perempuan-perempuan mereka sama ada islam atau tidak, ada yang tidak memakai tudung.
Oleh itu jadilah kembali seperti wanita melayu, jangan terikut-ikut budaya mereka. Menjadi melayu tidak menjadikan kita mengingkari seruan Tuhan. Menjadi Melayu kita masih boleh memasuki syurga.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar